Showing posts with label sandakan. Show all posts
Showing posts with label sandakan. Show all posts

Monday, 2 November 2015

Perjalanankuu flight MH2046 KKIA to SDK.

Pengalaman penerbangan MH2046 Kota Kinabalu-Sandakan.

  

Penerbangan saya dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada 1 Nov 2015, merupakan satu perjalanan yang panjang, dimana penerbangan yang memakan masa 30minit, kami telah tiba ke destinasi iaitu Sandakan selepas 2 jam disebabkan cuaca yang tidak begitu baik pada ketika itu.



Penerbangan saya yang pada mulanya dihiasi dengan pemandangan yang indah oleh Gunung Kinabalu yang amat jelas disebabkan hujan lebat melanda Sabah pada ketika itu, mencantikan lagi gambaran pemandangan kami melalui penerbangan kami MH2047 dengan pesawat Boeing 737-800.

Juruterbang cuba untuk mendarat tetapi keadaan angin lintang dan hujan lebat menyebabkan juruterbang menguatkan enjin kapal terbang 737-800 untuk naik semula dan berlegar-berlegar di kawasan yang telah ditetapkan oleh menara kawalan lapangan terbang Sandakan.



Pada ketika itu, juruterbang telah mengumumkan tidak boleh mendarat disebabkan cuaca yang kurang baik dan landasan yang terhad dan risiko yang tinggi untuk membuat pendaratan. Pada masa itu, pukul 6.10 minit petang, di mana kami berlegar-legar diruang udara di utara landasan lapangan terbang Sandakan, juruterbang telah membuat pengumuman semula untuk membuat pendaratan dalam masa 20 minit ke 40 minit nanti bergantung kepada cuaca semasa, sekiranya pendaratan tidak dapat dilakukan, penerbangan kami MH2046 akan kembali ke Kota Kinabalu disebabkan kekurangan bahan api, untuk meneruskan penerbangan.



Terdapat 2 penerbangan bersama-sama kami berlegar-legar di kawasan yang sama kelihatan di tingkap tempat duduk kami, penerbangan yang dimaksudkan adalah Airsia dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan ATR-720 dari Tawau-Sandakan-Kota Kinabalu. Penerbangan dari tawau terpaksa kembali ke Tawau kerana kekurangan bahan api.



Menurut juruterbang kami yang membuat pengumuman terakhir pada pukul 7.00pm, di mana kami akan membuat pendaratan sebentar lagi dan keadaan cuaca di landasan lapangan terbang Sandakan beransur pulih dan dibenarkan mendarat oleh menara kawalan lapangan terbang Sandakan.

Dengan pendaratan yang agak keras, kami telah pun selamat mendarat dengan selamat pada pukul 7.20 minit malam.


Alhamdulillah.

Terima kasih Malaysia Airlines Berhad.