Pengalaman penerbangan MH2046 Kota Kinabalu-Sandakan.
Penerbangan saya
dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada 1 Nov 2015, merupakan satu perjalanan yang
panjang, dimana penerbangan yang memakan masa 30minit, kami telah tiba ke
destinasi iaitu Sandakan selepas 2 jam disebabkan cuaca yang tidak begitu baik
pada ketika itu.
Penerbangan saya
yang pada mulanya dihiasi dengan pemandangan yang indah oleh Gunung Kinabalu
yang amat jelas disebabkan hujan lebat melanda Sabah pada ketika itu,
mencantikan lagi gambaran pemandangan kami melalui penerbangan kami MH2047
dengan pesawat Boeing 737-800.
Juruterbang cuba untuk mendarat tetapi keadaan angin lintang dan
hujan lebat menyebabkan juruterbang menguatkan enjin kapal terbang 737-800
untuk naik semula dan berlegar-berlegar di kawasan yang telah ditetapkan oleh
menara kawalan lapangan terbang Sandakan.
Pada ketika itu, juruterbang telah mengumumkan tidak boleh
mendarat disebabkan cuaca yang kurang baik dan landasan yang terhad dan risiko
yang tinggi untuk membuat pendaratan. Pada masa itu, pukul 6.10 minit petang,
di mana kami berlegar-legar diruang udara di utara landasan lapangan terbang
Sandakan, juruterbang telah membuat pengumuman semula untuk membuat pendaratan
dalam masa 20 minit ke 40 minit nanti bergantung kepada cuaca semasa, sekiranya
pendaratan tidak dapat dilakukan, penerbangan kami MH2046 akan kembali ke Kota
Kinabalu disebabkan kekurangan bahan api, untuk meneruskan penerbangan.
Terdapat 2 penerbangan bersama-sama kami berlegar-legar di kawasan
yang sama kelihatan di tingkap tempat duduk kami, penerbangan yang dimaksudkan
adalah Airsia dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan ATR-720 dari Tawau-Sandakan-Kota
Kinabalu. Penerbangan dari tawau terpaksa kembali ke Tawau kerana kekurangan
bahan api.
Menurut juruterbang kami yang membuat pengumuman terakhir pada
pukul 7.00pm, di mana kami akan membuat pendaratan sebentar lagi dan keadaan
cuaca di landasan lapangan terbang Sandakan beransur pulih dan dibenarkan
mendarat oleh menara kawalan lapangan terbang Sandakan.
Dengan pendaratan
yang agak keras, kami telah pun selamat mendarat dengan selamat pada pukul 7.20
minit malam.
Alhamdulillah.
Terima kasih
Malaysia Airlines Berhad.